Saturday, October 30, 2010

kehidupan

hari ini sy belajar mengenai kehidupan. Kehidupan ada dua maksud. yang pertama kehidupan duniawi yang semakin dikejar oleh manusia sekarang yang tidak kekal dan hanya seketika...yang kedua adalah kehidupan dimana kita menghargai dan sentiasa bersyukur dengan kurniaan Tuhan dan kita percaya segala yang bermula akan berakhir dan kembali kepada Nya.
jika difikirkan balik kita terlalu jauh dari hakikat kehidupan sebenar. kita harus kembali ke tempat dari mana asalnya kita.Kita harus bersyukur dengan apa yang kita ada tanpa meminta lebih dari kemampuan kita. Kita juga tidak boleh mengadili seseorang kerana hanya ALLAH yang boleh mengadili seseorang umat itu. Lebih banyak yang kita adili lebih banyak kelemahan kita yang akan ditonjolkan.Kita hanya akan menunjuk kelemahan kita sendiri jadi setiap manusia itu tidak sempurna dan mereka semua berhak mendapat peluang untuk memperbaiki kesalahan mereka.Tak perlu lah kita mencaci dan menghina mereka kerana mereka dan kita adalah sama disisi ALLAH.

No comments: